Dalam buangan Talaat_Pasha

Pembunuhan

Pihak perisikan British berjaya menjejak Talaat di Stockholm, Sweden. Mereka asalnya mahu pihak Tentera Laut Diraja Britishmenahannya terus, namun diputuskan agar pengekoran terus dilakukan bagi menyiasat kegiatannya di Berlin.[5] Pihak British berhubung dengan wakil padanan mereka dari Kesatuan Soviet, dan kedua-dua mereka bersetuju menumpaskan Talaat. Lokasi keberadaan dan rupa fizikal Talaat dikirimkan ke Jerman manakala seorang anggota Dashnaktsutyun bernama Soghomon Tehlirian diberikan tugasan melakukan pembunuhan ini.[5][6] Talaat dibunuh hasil sedas tembakan peluru di luar pekarangan kediamannya di Hardenbergstrasse, Charlottenburg pada 15 Mac 1921.

Mayat Talaat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan khusus untuk orang Turki di Berlin. Mayat tersebut kemudiannya dikembalikan ke Istanbul dan dikuburkan di Şişli pada tahun 1943.[7]